Make your own free website on Tripod.com
Kami akan makan kamu jika serang Iraq


Dr Yusuf Al-Qardhawi telah memberi amaran bahawa negara-negara Arab dari bumi penakluk akan berdepan dengan Amerika Syarikat jika ia menyerang Iraq, mengambarkan bahawa negara-negara Arab akan memakannya satu demi satu seperti memakan lembu putih.

Al-Qardhawi yg berkhutbah pada hari Jumaat 20-09-2002 di Masjid Umar ibn Al-Khattab, yg merupakan masjid terbesar di ibu negara Qatar, Doha menambah bahawa :

"Walaupun kita tidak bersetuju dengan Kerajaan Iraq didalam banyak polisinya, Maka sesungguhnya serangan keatas Iraq bermaksud menghapuskan Tentera Rakyat Arab, memisah-misahkan buminya, menghalau mereka dan mengenakan sekatan terhadap rakyat adalah semuanya bagi kepentingan Amerika."


Beliau menyeru negara-negara Arab agar mempertahankan Iraq dengan maksud perjanjian bersama pertahanan Arab, atau tegas beliau dengan menyoal - apakah tidak mampu negara-negara Arab menguruskan pertahanan negara Iraq dari aspek-aspek hak-hak Arab, Islam dan Kebangsaan? Maka kita tidak membenarkan Amerika menggunakan tanah, lapang terbang dan sempadan-sempadan bagi melakukan serangan keatas mereka.

Al-Qardhawi memberi amaran kepada negara-negara Iraq yg menganggap Amerika sebagai kawan mereka, Ternyata Amerika bukanlah kawan mereka, membukti bahawa bekas Setiausaha Negara Amerika, Henry Kissinger pernah berkata :"Tidak ada pertempuran yg kekal dan tidak ada persahabatan yg kekal, tetapi untuk kami kelebihan yg kekal".

"Bukti terhadap kebenaran ini dapat dilihat bahawa Amerika semalam menjadi kawan kepada Afghanistan dan sekutu kepada pasukan Jihad Aghan, kemudian ia menjadi terbalik, Amerika telah mula berlawan dan memburu mereka hari ini, satu indikasi bahawa walaupun Mesir, Arab Saudi, dan kebanyakkan negara Teluk sebagai kawan Amerika Syarikat...Amerika telah membelakangkan mereka hari ini. "


Beliau mengungkap sebuah syair Arab:



berjaga-jaga keatas Musuh kami satu kali
berjaga-jaga keatas kawan kamu seribu kali
kemungkinan ia bertukar menjadi kawan
maka ketahuilah akan bahayanya


Shiekh Al-Qardhawi didalam ucapannya memuji polisi bijak Kerajaan Iraq kerana bersetuju membenarkan inspektor antarabangsa kembali tanpa sebarang pengecualian atau syarat, menjelaskan bahawa sikap Iraq telah mengalih pandangan dunia mengenai sokongan hubungan Diplomatik Amerika yg berterusan terhadap Israel, kepada memandang ke arah Iraq memiliki senjata pemusnah.

Beliau menjangkakan Amerika akan menyerang Iraq samada mendapat persetujuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau pun tidak, dan samada Negara-Negara Arab setuju atau tidak, menunjukkan mereka memainkan peranan sebagai Pasukan Taghut yg mengawal dan berlagak angkuh.

Kumpulan ulama' islam telah memberi fatwa mereka agar memboikot mana-mana negara Arab atau Islam yg membantu atau memberi kemudahan tentera kepada musuh mereka, Amerika.
 

 


Copyright 2002  oleh Gempurdaily
Email : gempurdaily@yahoo.com