500 orang berhimpun membantah konsert jahiliyyah PDRM

Perhimpunan membantah konsert jahiliyyah PDRM di Perkarangan UiTM Dungun, Terengganu disifatkan berjaya kerana;

1. 6 Banner yang mempamparkan suara rakyat dapat dipaparkan antara lain berbunyi "Konsert Mesra Rakyat menggalakkan kerja maksiat", "UMNO/BN penaja Maksiat", "Tolak Maksiat, tolak konsert, tolak budaya Jahilyyah" dll

2. lebih 100 kad manila bertulis "PDRM cabul undang-undang", "Ingat Azab Allah", "Kami benci Maksiat", "Konsert Jahillyah", "UMNO penaja Maksiat", "UMNO belakang PDRM", "Rakyat Trg Tolak Maksiat" dll

3. Disertai oleh lebih daripada 500 orang terdiri pelbagai lapisan masyarakat, tua, muda, muslimat dan remaja (paling ramai).

4. Disertai oleh 4 Yang Berhormat, iaitu YB Hj Muyihidin (Ahli Parlimen Hulu Terengganu), YB Hj Saiful Bahri (Adun Paka), YB Hj Azman Shapawi (Adun Rantau Abang) dan YB Hj Roslan Ismail (Adun Bukit Besi)

5. Boleh berceramah di antara 8.40 - 9.30 malam oleh 4 YB dan Ust Zaman. Dalam ceramah tersebut banyak masej telah disampaikan kepada polis sendiri, pengunjung konsert dan penjual.

6. Perhimpunan tidak mengalami sebarang masalah kerana FRU, polis dan SB yang menyamar tak membuat sebarang provokasi.

7. Tidak ramai yang hadir ke konsert jahiliyyah PDRM (Yang ini mungkin saya akan tulis artikal khusus untuknya)

8. Terdapat pertelingkahan dikalangan polis sendiri cara nak menghadapi perhimpunan ini. (Ini maklumat dalaman) Padang muka, cara Othman Talib (ketua Polis Terengganu) tidak disetujui oleh anak buahnya. Jangan cakap belakang bos dalam mesyuarat nanti habaqlah !!!

9. Pihak polis tak puas hati kerana mereka terpaksa kerja lebih masa, seperti mengawal lalu lintas, bertugas mengawal artis, mengawal semua peralatan muzik, termasuk setiap sound board (speaker) dikawal oleh seorang polis. Takut alat tersebut dikhianati kunonya. Bak kata semua keselamatan telah dikawal dan saya difahamkan 100 anggota polis ditugaskan dalam kawalan perkara remeh ini sahaja.

Polis Pencen
1996


Copyright ©2002  oleh Gempurdaily
Email : gempurdaily@yahoo.com