Make your own free website on Tripod.com

Utusan melanun cerita orang

Utusan melanun cerita orang (cerita kembar ahmad dan muhammad tu)

Pada 19 september 2002 Utusan telah menyiarkan satu artikel didalam ruangan pendapat yang menceritakan mengenai kembar siam Ahmad dan Muhammad di England. ( http://www.sifoo.com/forum/viewtopic.php?t=1375&start=40 ) Didalam artikel tersebut, diceritakan bahawa kedutaan Malaysia tidak memberi kerjasama kepada kembar tersebut dan mengenai MAS mengenakan tambang untuk 2 orang yang tempat duduknya terpisah. sebenarnya artikel tersebut telah muncul didalam bentuk forwarded e-mail selepas 30 ogos apabila ianya di copy dari posting di forum www.sifoo.com ( http://www.sifoo.com/forum/viewtopic.php?t=1375&postdays=0&postorder=asc&start=0 )

pada 20 september, penulis asal artikel tersebut di www.sifoo.com telah menyatakan kekesalan kerana Utusan telah melanun/mengedit artikel beliau tanpa kebenaran dan beliau telah menghantar surat kepada pihak Utusan untuk menarik kembali artikel tersebut. Sehingga kini tiada terdengar yang utusan telah menarik balik artikel tersebut. ( http://www.sifoo.com/forum/viewtopic.php?t=1375&start=40 )

Oleh itu dapat kita lihat bahawa utusan tidak mengamalkan etika kewartawanan apabila menyiarkan artikel tersebut tanpa mendapat kebenaran penulis asalnya. Mungkin editor di Utusan Malaysia telah mendapat e-mail yang diforwarded kan kepadanya, tetapi itu tidak bermakna beliau boleh menyiarkannya tanpa kebanaran penulis asal dengan menggunakan nama penghantar yang memforwardedkan e-mail tersebut. Bagaimana Utusan tidak mengamalkan polisi yang mereka dakwa mereka amalkan didalam menyiarkan artikel tersebut sedangkan setiap surat pembaca didalam ruangan forum dan pendapat memerlukan pengirimnya menulis nama penuh, alamat dan nombor IC, tetapi didlam kes ini mereka hanya berpandukan kepada nama di alamat e-mail tersebut.

Didalam artikel yang tersiar di utusan, tidak disebutkan pun perkataan MAS, hanya "syarikat penerbangan" sahaja disebut, tetapi didalam ruangan bisik-bisik Awang Sulung, beliau secara jelas menyebut syarikat MAS. Ini menjadi bukti bahawa utusan mengambil artikel tersebut dari e-mail yang mereka terima bukan untuk disiarkan.

Menurut penulis asal artikel tersebut di www.sifoo.com, Utusan telah menghantar balasan kepada suratnya seperti berikut:

"
Daripada: pendapat@utusan.com.my Penolong Pengarang Rencana Utusan Malaysia

Saudara,

Untuk makluman, terlebih dahulu kami meminta maaf kerana menggunakan artikel email saudara untuk disiarkan di dalam ruangan pendapat dan kemudian rencana itu dipetik oleh Awang untuk komentar Bisik-bisik.

...

Malah untuk makluman saudara, nama Che Fauzi yang kami gunakan dan alamat United Kingdom adalah nama samaran kerana kami tidak tahu siapa pengirim sebenar. Nama itu bukan nama sebenar pengirim e-mail.

...

Saya harap, penjelasan ini dapat meredakan rasa tidak puas hati saudara. Apa pun kami ucapkan terima kasih atas kisah yang saudara paparkan tanpa pengetahuan saudara atas sebab ingin memberi kesedaran kepada orang lain. "

Ini menjadi bukti bahawa dakwaan pembangkang selama ini yang mengatakan Utusan mengarang sendiri beberapa surat pembaca adalah benar. Selain dari kes melaporkan bekas duta Amerika ke Malaysia, John Mallot berada di satu majlis anjuran Keadilan sedangkan beliau berada di California, Utusan juga telah menyiarkan beberapa berita bohong dan yang memutarbelitkan untuk faedah pihak- pihak tertentu, terutamanya BN dan UMNO.

Anak perelih

(tranungkite.net)


Copyright 2002  oleh Gempurdaily
Email : gempurdaily@yahoo.com