Make your own free website on Tripod.com

PDRM & AGUSTINE PAUL BERNIAT JAHAT

KUALA LUMPUR, Jumaat – Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan penahanan Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional (Keadilan), Mohamed Ezam Mohd Noor dan empat pemimpin reformasi selama 60 hari mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada April tahun lalu, tidak sah dan mala fide (berniat tidak baik).

Sehubungan itu, mahkamah mengeluarkan perintah habeas corpus dan memerintahkan mereka dibebaskan selepas mendapati perintah penahanan yang dibuat oleh Ketua Polis Negara (KPN) mengikut Seksyen 73 (1) ISA 1960 tidak sah.

Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah yang bersidang bersama Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Malek Ahmad serta Datuk Siti Norma Yaakob, memberitahu peguam perayu supaya mengemukakan permohonan habeas corpus lain bagi pembebasan tahanan itu.

Habeas corpus adalah satu permohonan bagi mendapat perintah membawa tahanan ke mahkamah atau depan seorang hakim bagi memastikan sama ada penahanan itu sah.

Penahanan yang dibuat mengikut Seksyen 73 (1) ISA selama 60 hari memberi kuasa kepada polis menangkap orang yang disyaki melakukan kegiatan yang boleh memudaratkan keselamatan negara.

Katanya, walaupun dalam kenyataan akhbar KPN menyatakan perayu ditahan kerana ancaman kepada keselamatan negara tetapi dalam afidavit perayu mereka mendakwa tidak disoal mengenai kegiatan militan atau memiliki senjata api.

Sehubungan itu, katanya, dakwaan perayu itu berasas bahawa penahanan mereka berdasarkan kepada tujuan lain serta tidak berkaitan dengan keselamatan negara. “Afidavit jawapan lima pegawai yang menyoal siasat perayu berdasarkan kepada format yang sama dan selamat untuk mengatakan afidavit itu adalah dengar cakap. Jawapan afidavit itu hanya penafian semata-mata dan tidak berwibawa untuk menyanggah dakwaan perayu, “ katanya.

Pada 25 April tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk S Augustine Paul menolak permohonan habeas corpus perayu dan mendapati penahanan mereka oleh polis adalah sah. BERITA HAIRAN 7hb.Sept.2002

Komen khas – Dengan keputusan Mahkamah Persekutuan walaupun diketuai oleh Hakim Haprak Tun Dzaiddin, pihak hakim-hakim yang bersidang tiada pilihan lain dengan memutuskan segala tindakkan polis terhadap 5 orang reformis adalah tidak sah serta berniat jahat. Walaupun Hakim Mahkamah Tinggi Augustine Paul pada tahun 2001 telah menolak permohonan habeas corpus ini dan mengesah polis berniat baik serta penahanan mereka sah disegi undang-undang Negara. Tapi pada 6hb.Sept.2002 segala sandiwara serta perbuatan jahat pihak polis serta Agustine Paul terbongkar apabila semua tahanan reformasi ini dibebaskan oleh mahkamah kangaroo Mahahaprak, walaupun Tun Dzaiddin bermatian-matian menentang segala keputusan para hakim yang bersidang dalam kes ini. Kini niat jahat polis memang terserlah dan mereka telah menjadi POLIS RAJA DI MALAYSIA menghalalkan apa sehaja tindakkan tanpa mengikut undang-undang serta perlembagaan Negara demi mengikut arahan tuan-tuan politik pimpinan Mahahaprak.

Apapun alasan pihak polis dan Agustine Paul serta Tun Dzaiddin, tiada siapapun mampu menafikan serta menutup cerita konspirasi politik pihak UMCINO@BN untuk mengekang kebangkitan rakyat marhaen serta Barisan Alternatif dari menjadi Kerajaan yang SAH dibbumi bertuah Malaysia ini. Kini musuh-musuh politik UMCINO@BN akan dijadikan mangsa kejahatan pihak polis serta mahkamah kangaroo Mahahaprak dalam usaha mereka melindungi kuasa politik serta duit haram yang mereka curi dari khazanah Negara serta hak rakyat marhaen yang telah dinafikan. Dengan alasan keselamatan Negara, kerajaan pimpinan Mahahaprak telah menjadikan pihak POLIS sebagai barua upahan serta mahkamah Negara sebagai “rubber stamp” segala tindakkan zalim serta jahat terhadap rakyat marhaen. Walaupun kita masih menaruh sedikit harapan kepada ssstem kehakiman Negara, tapi dengan adanya hakim dan peguam barua lagi shit seperti Agustine Paul, Ariffin Jaka, Dzaiddin, Ghani Patail, Moktar Abdullah dan ramai lagi, mustahil badan kehakim serta sistem perundangan Negara dapat dikembalikan kelandasan yang sebenarnya sebagai tempat timbang-tara yang adil lagi saksama.

Bagi rakyat marhaen, anda semua perlu berhati-hati dengan POLIS RAJA DI MALAYSIA, mereka mampu melakukan apa sehaja untuk menghalalkan tindakkan jahat pihak UMCINO@BN dengan menjadikan rakyat marhaen sebagai “Kambing Hitam” dan mangsa rakus kezaliman Mahahaprak. Jangan kita lalai, silap-silap kita akan dituduh pembunuh, pengedar dadah, perasuah serta perogol walaupun anda tidak pernah melakukanya malahan menghampirinya jauh sekali. Itulah keadaan yang sebenarnya berlaku di Malaysia kini, POLIS TELAH MENJADI RAJA untuk mengikut segala suruhan Mahahaprak dan kroninya. Saat dan ketikanya rakyat marhaen megembalikan kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan Malaysia kelandasan yang sepatutnya dengan menafikan kuasa politik berada didalam tangan KERAjaan UMCINO@BN. Jalan ini adalah jalan yang terbaik bagi rakyat dan bangsa Malaysia membetulkan segala kepincangan dalam pemerintahan sekarang, jika kita masih bertolak-ansur dan sikap tidak apa, nescaya kita akan menjadi insan yang kerugian serta menyesal dikemudian hari nanti.

Tidak yang lebih baik dari kita mengorbankan KERAjaan UMCINO@BN dari bumi Malaysia ini, jika kita masih mahu memberi kuasa politik dan wang kepada perompak serta penjarah Negara ini nescaya kita akan merempat ditanah air sendirin silap-silap kita dihalau dari Malaysia ini oleh para penzalim dari kalangan UMCINO@BN yang bertuhankan Mahahaprak.
RDJU – 8/9/2002


Copyright ©2002  oleh Gempurdaily
Email :
gempurdaily@yahoo.com