Umno Kelantan hina Dr Mahathir
 

KOTA BHARU, 7 Sept (Hrkh) –Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Umno Kelantan menghina Presiden Umno, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad apabila menolak cadangan beliau agar Umno dan orang Melayu membuang ‘tongkat jika ingin maju.’.

“Dr Mahathir telah menggesa supaya tongkat orang Melayu dibuang untuk melihat mereka berdikari. Dalam hal ini Umno Kelantan tidak habis-habis mahu bersandar dan ditongkat.

“Kali ini Umno Kelantan mahu bersandar dengan tongkat Maik atau mengheret campurtangan Sultan Kelantan.Saya mahu melihat ilmu orang Umno itu sendiri dalam isu ini,” kata Nik Aziz.

Beliau mengulas cadangan Umno Kelantan agar Mufti Kelantan mengeluarkan fatwa berhubung dengan isu Tuhan samseng dan mengaitkan istana Kelantan dengannya.

“Hentikanlah sikap bersandar, bertongkat dan cuba berselindung di belakang pihak lain. Keluar daripada lubang persembunyian dan tunjukkan pegangan dan pendirian di atas isu yang berkaitan,” kata Tuan Guru Nik Aziz.


Copyright ©2002  oleh Gempurdaily
Email : gempurdaily@yahoo.com