Make your own free website on Tripod.com

DITAKTOR TUA  MENIPU LAGI

 Oleh : ZULEDA –Ptg Pauh

             081002

 Ditaktor Tua merapu lagi….

Dengan lidahnya yang bercabang berduri,

Persis lidah biawak perangai macam babi,

Berbohong dah beribu kali,

Namun tak mahu insaf-insaf lagi,

Itulah Ditaktor Tua yang tak sedar diri.

 

Kali ini…..

Ditaktor Tua nak jadi pejuang Islam sejati,

Kononnya Ditaktor Tua marahkan paderi,

Kerana paderi telah menghina nabi,

Yang anggap Islam ganas bukannya suci,

Katanya : “Paderi tak layak berbicara begini”.

Seolah-olah Islam dia sangat simpati.

 

Piiiraaahhhh….. jangan duk auta kami,

Kerana kami pejuang reformasi,

Yang tahu langkah hang kanan atau  kiri,

Yang tahu busuknya hang punya hati,

Yang tahu khianat hang pada bangsa sendiri,

Yang tahu Islam, hang tak pernah yakini.

 

Haprak Umno bolehlah hang buli,

Kerana Melayu Umno mudah lupa diri.

 

Kata-kata paderi yang menghina nabi,

Memanglah panas telinga menyakitkan hati,

Namun jika sejarah Islam direnungi,

Hati yang panas akan sejuk kembali.

 

Peristiwa Umar sebelum Islam dianuti,

Dialah samseng hendak bunuh nabi,

Nabi dibenci Islam dia anti,

Malah Umar pernah bunuh anak sendiri.

Selepas Islam, nabilah yang paling Umar kasihi,

Islamlah yang paling dia sayangi.

 

Jadi ….?????

Apa diherankah kata-kata paderi,

Padaku pandangannya masalah persepsi,

Kerana Islam dia belum kenali,

Ataupun Islam sememangnya dia  benci,

Sebab hidayah Allah belum diberi,

 

Yang perlu Ditaktor Tua fahami,

Ialah pengkhianat Islam bangsa sendiri,

Dirimu, Faris Nor dan para kroni,

Akbar Ali, Astora Jabat turut berkonspirasi,

Golongan inilah perlu diperangi,

Layak dicaci patut dimaki,

Mengaku Islam, tapi Islam dibenci,

Kerana puak-puak  ini :

Terang-terang hina nabi,

Terang-terang ulama dikeji,

Terang-terang mufti dicaci,

Terang-terang ratu disanjungi,

Terang-terang hudud ditentangi,

 

Tapi … golongan inilah Umno sayangi,

         … golongan inilah Ditaktor   Tua lindungi.

 

Ditaktor Tua …usahlah menipu lagi,

Kerana mahligaimu dah suruh dikau  pergi,

Kuburmu dah menyeru dikau  mari,

Bertaubatlah …. Kepada Illahi,

Sebelum MALAIKAT MAUT menjemputmu nanti.

 


Copyright ©2002  oleh Gempurdaily
Email : gempurdaily@yahoo.com