Make your own free website on Tripod.com
PAS YANG AUTA ATAU UMNO PENDUSTA ? ( Siri 2)
Oleh : Zuleda – Ptg Pauh

Sedaraku sebangsa seagama,
 
Melayu memang nak jadi kaya,
Umnopun perkenal dasar swasta,
Ingatkan nak tolong Melayu berniaga,
rupanya Umno hanya bantu kroninya saja,
0Buat projek pemajunya geng depa,
buat lebuhraya, kroni umno cekau semua,
Bila untung, keuntungan milik depa,
Bila rugi berniaga, bailout sapu duit kita,
Lihatlah Mas, tabung haji dan perwaja,
Punyalah "bijak pemimpin kita",
Songlap duit kita, bagitau untuk kepentingan negara.
Juak-juak umno terangguk-angguk semua,
Setuju khazanah negara  dikebas pun tak pa.
Aku ingin terus bertanya …
Pas yang auta atau Umno pendusta ?.
 
Sedaraku sebangsa seagama,

Kini masih ramai  Melayu jahil agama,
rambut dilepas tak kira di mana,
main judi macam puak Cina,
minum arak tak rasa terhina,
”judi halal” bersepah merata-rata,
Arak  boleh diteguk di mana saja,
Umno  melihat hanya dengan sebelah mata,

 Judi dan arak bukan tuntutan agama,
Islam, Hindu, Kristian ataupun Buddha,
Tapi umno tak kisah itu semua,
asalkan untung, halal haram usah dikira,
sebab tu lesen dilulus beribu berjuta,
Duit punya pasal umno gelap mata.
Biarku  terus bertanya ...
PAS yang auta atau Umno Pendusta ?
 
Sedaraku sebangsa seagama,
 
Hari ni memang Melayu mahu agamanya,
 tak mahu bangsa dihina agama dicerca,
Ingin syariat dipakai semuanya,
Keislaman Malaysia bukan sekadar di bibir saja,
walaupun Mahadeath beria-ia mengisytiharkannya,
Mesti dibuktikan dengan undang-undang dan fakta,
sekurang-kurangnya perlu dilihat dengan mata,
meskipun tak yakin  namun boleh juga percaya.

Marilah membuka mata melapang minda,
Lihatlah  para pemimpin negara ,
Yang nombor satu, dua dan tiga,
Perhati tengok rambut bini depa,
Rambut dilepas ka atau tutup kepala ?
Umno pun tau, tutup kepala tu tuntutan agama,
Pemimpin macam ni ka nak bela kita ?
Bini sendiripun tak berani nak kata apa,
Macam mana umno dakwa dia pembela,
Pemimpin sendiripun jahil agama,
Tuntutan agama pun dia langgar bersahaja,
Aku terus ingin bertanya ….
PAS yang auta atau Umno pendusta ?
 
Sedaraku sebangsa seagama,
 
Tak malukah kita,
Pemimpin rasuah diangkat jadi ketua,
Ahli-ahli pun tumpang sekaki juga,
Polis raja di Malaysia bermaharajalela
Tahan orang tak perlu bicara,
Pukul orang tak kira sesiapa,
Tuduh orang tak perlukan bukti dan fakta,
Sanggup jadi barua… sanggup digelar anjing celaka .

Islamkah negara kita ?
Negara Islam maksiatnya bermaharajalela,
judi dan arak merata-rata,  PASkah  yang meluluskan lesennya ?
pesta maksiat usah dikira, PASkah banyak anjurkannya ?, 
zina dan khalwat didenda tak sampai RM1000 cuma,
ratu cantik dibela, mufti dipecat dihina,
 bohsia bohjan bangsa umno punya la banyaknya,
Masjid dibina, tapi ceramah agama tidak dibenarkannya,
Siapa sebenarnya pendusta… ????

 
Kini dah jelas dan nyata :
MEMANG UMNO PENDUSTA ...DARI DULU, KINI DAN SELAMANYA
MEMANG UMNO PENDUSTA ...DARI DULU, KINI DAN SELAMANYA
MEMANG UMNO PENDUSTA ...DARI DULU, KINI DAN SELAMANYA
MEMANG UMNO PENDUSTA ...DARI DULU, KINI DAN SELAMANYA
MEMANG UMNO PENDUSTA ...DARI DULU, KINI DAN SELAMANYA


Copyright ©2002  oleh Gempurdaily
Email : gempurdaily@yahoo.com