Make your own free website on Tripod.com
MCA BERDRAMA BN BERSANDIWARA
 Oleh : zuleda
 
Mungkin mereka bersilap mata,
Mungkin juga mereka berdrama,
Tak mustahil jika mereka bersandiwara,
Atau mungkin mereka talam dua muka,
Apabila media menyiarkan berita,
MCA tolak Sains & Mate dalam B.I  kononnya.
 
Padahal Liong Sik pernah berkata :
MCA telah bersetuju semuanya,
Tanpa halangan tanpa syaratnya,
 
Tiba-tiba kini mereka menolaknya pula….
Kenapa.…..mengapa ?
Kerana…. inilah permainan politik BN namanya.
 
Pada dasarnya….
Akar umbi MCA menolak dilaksana di sek.rendah Cina,
Alasannya… pelajar SRJK ( C ) yang masih lembut ubun-ubunnya,
akan dibebani pengajaran 3 bahasa,
B.Melayu,B.Inggeris dan Bahasa Cina juga,
Hanya bahasa Cina diajar dalam bahasa ibunda,
Subjek lain  mereka berserabut kepala,
Tentulah identiti SRJK akan hilang selamanya,
Jika Sains dan Mate diajar dalam bahasa  Cina,
Tentulah murid lebih faham konsepnya,
Daripada guna bahasa yang asing buat mereka,
 
Maklumat sahih  yang kuterima,
Dari rakan-rakanku berbangsa Cina,
Malah  salah  seorang daripadanya,
Pernah dihubungi  Bkt Aman saudara sebangsanya,
Untuk kajian  tentang isu bahasa,
Semata-mata nak tahu suara grassroot masyarakat Cina.
 
Jika  “bantahan” MCA kerajaan terima,
Tentulah SRJK Cina dikecualikan pelaksanaanya,
Maka …siapakah yang dianggap juara ?
Tentulah MCA juara berganda,
pastinya menguntungkan BN dalam pilihanraya,
lebih-lebih lagi  selepas persepadanan semula,
 
DAP dan BA juga yang berputih mata,
Kerana  tidak dapat mengambil kesempatan yang ada.
 
Bagi SR Kebangsaan pula,
Akan jadi sekolah aliran Inggeris semula,
 
Apa tidaknya !!!!!
Dalam  UPSR  soalan yang ditanya,
Hanya B.Melayu dalam  Bahasa Malaysia,
Subjek-subjek lain  dalam Bahasa Inggeris semuanya.
Apakah anak-anak Melayu akan lebih bijak drp anak-anak Cina ?
Ataupun yang dikejar tak dapat  yang dikendung berciciran semuanya ?
 atau nasib Tulisan Jawi akan berulang semula.
 
Kita tunggulah… 10 tahun lagi “kesannya”.
 
21.10.02


 


Copyright ©2002  oleh Gempurdaily
Email : gempurdaily@yahoo.com