Make your own free website on Tripod.com
AWAS.....MEMANG ADA PENGGANAS DI MALAYSIA !!
Oleh : zuleda
 
Apabila PBB Kata :
“ BN PENGGANAS ANTARA BANGSA “
 
Ditaktor Tua Panas Telinga Terbeliak Mata,
Pak Lah Terkejut Beruk Mulut Ternganga,
Aku Bertepuk Perut Tersenyum Ketawa,.
Ha..haa …..Baru Padan Muka  !!!!!!
 
Kalaulah Selepas Ni Digertak Pula Amerika,
Bahawa Ketua Pengganas BN Malaysia,
Perlu  Dihantar Ke Amerika Untuk Didakwa
Atau Disumbat Dalam ISA Tanpa Bicara,
Maka …Akulah Orang Paling Gembira,
7 Hari 7 Malam Buat Kenduri Kendara.
Kusembelih Lembu Kupotong Unta.
 
Hahhh… Ditaktor Tua,
Inilah Padahnya Dikau Terima,
Apabila Menuduh Rakyat Tak Berdosa,
Sebagai Pengganas Tanpa Fakta,
Tanpa Bukti Tanpa Bicara,
Tanpa Mengira Bangsa Dan Agama
Tanpa Peduli Usia Dan Jantina
Terus Diseksa Makin Didera.
Mengikut Nafsu Si Ditaktor Tua.
 
Padaku BN Sememangnya “Samseng Antara Bangsa,”
BN Sememangnya Pengganas  Di Negara Kita.
Kerana  Mencabuli Undang-Undang  Negara,
Kerana Merosakkan Sistem Kehakiman Yang Ada,
Kerana Memusnahkan Amanah Rakyat Jelata.
 
Lihatlah Angkara Mereka,
Bagaimana BN Mempersendakan  Akta Yang Ada,
Rafidah Rahim, Tidak Mahu Didakwa,
Tidak Cukup Bukti Rais Mendakwa,
Padahal Ezam Merengkuk Di Penjara,
Kerana Membongkar  Perasuah Durjana,
Kerana Melanggar Akta OSA kononnya,
 
Namun Khir Toyo Dan Si Khalil Dibebaskan Saja,
Meskipun Disertakan Bukti Yang Ada,
Laporan Polis Dan BPR Dibakulsampahkan Semua,
Bukankah Ini  Angkara  Samseng Namanya ?
 
Bukalah Mata Gerakkan Minda,
Betapa Samsengnya BN Mentadbir Negara,
Begitu Ganasnya   BN Menggunakan ISA,
Betapa Lahapnya Memunggah Harta Kita,
BN Sanggup Melakukan Apa Sahaja,
Demi Mengekalkan Kuasa Yang Ada,
Perangai Sebiji Macam Amerika,
Mungkin Setaraf Yahudi Celaka
Pada Mereka : “ Matlamat Menghalalkan Cara”.
Inilah Pengganas BN Dari Dulu, Kini Dan  Selamanya.
 
 
21.10.02

 


Copyright ©2002  oleh Gempurdaily
Email : gempurdaily@yahoo.com