Pengalaman di Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Suatu pengalaman yang sungguh berharga dapat aku rasakan sewaktu menghadiri mesyuarat selama empat hari di salah sebuah hotel di Bukit Bintang. Selesai mesyuarat sebelah petang aku dan teman-teman berjalan-jalan sekitar kawasan Bukit Bintang dan membeli belah untuk dibawa pulang.

Sebelah malam kami tiada aktiviti, selain selepas menjamu selera diwarong, kami berjalan-jalan dikaki lima jalan sepanjang hotel tempat kami menginap. Maka terserlah malam-malam di Bukit Bintang dengan pelbagai cara dan ragam masyarakat di sana mencari rezeki. Ada yang mengurut kaki, sekitar lebih dari 10 orang yang memberikan perkhidmatan mengurut tapak kaki.  Apa yang lebih mengharukan ialah pada malam pertama kami tiba dan berjalan disana, kami lihat ada satu persembahan muzki evergreen di hadapan sebuah butik yang telah ditutup. Pengunjung yang rata-rata masyarakat tempatan, dan ada juga dari pelancung asing turut menyaksikan persembahan muzki tersebut. Lebih menjolok mata adalah kelakuan sumbang sepasang remaja  yang berpelukan dan berciuman tanpa segan silu dikhalayak ramai.

Kami tertanya-tanya kemanakah perginya anggota polis yang sepatutnya ada untuk mengawal keadaan, kalaulah Mohd Sabu atau Mahfuz yang ada pada malam itu di sana sudah pasti pasukan topi merah polis akan mempamerkan muka hodohnya datang beramai-ramai. ALASAN mententeramkan keadaan, tak ada permit dan macam-macam lagi.

MALAM KEDUA.

Pada malam kedua pula kami hanya duduk lepak-lepak di lobi hotel. Dari cermin hotel itu kami nampak seorang wanita cina memandang kearah kami, lalu salah seorang dari teman kami melambai kearah wanita cina itu, dan dengan segera wanita cina itu datang ke lobi hotel. Wah!!!! bukan main lagi dia menawarkan daging mentah kepada kami.

"Melayu ada, Cina ada, macam-macam ada..... melayu mahal sikit RM200 kalau u mau ooo budak U ada muda-muda RM250" tawar wanita cina itu kepada kami.

Kami terus melayan denga pelbagai soalan dan yang menjadi kunci kepada seluruh keadaan yang ada di Bukit Bintang khasnya dan Kuala Lumpur dan seluruh negara am nya adalah apa yang wanita cina itu katakan kepada kami setelah kami bertanyakan beliau.

"Wa takut kena tangkap......"

"Jangan takut..... kita dah bayar diaorang......" kata wanita cina itu.

KESIMPULAN.

Banyak perkara  yang menjadi tanda tanya kenapa semua ini berlaku. JAWI, POLIS sepatutnya memainkan peranan dalam menangani masalah pelacuran yang merupakan industri terbesar negara. Meskipun undang-undang menetapkan bahawa industri pelacuran adalah salah namun, kerana wang, semua pasukan penguatkuasa menjadi buta dan pekak. Tokeh-tokeh maksiat dapat membayar anggota penguatkuasa demi untuk meneruskan kesinambungan industri pelacuran.

Bangunan-bangunan  dan rumah-rumah pelacuran berselerak dan ini dapat disaksikan apabila malam bermula, maka aktiviti haram tersebut mula sedikit demi sedikit melata di dada bumi Bukit Bintang dan kian rancak apabila menjelang jam 12 malam.

Beginilah keadaan negaraku, apabila Kelantan dan Terengganu komitmen dengan undang-undang Islam maka golongan yang telah kenyang perut dengan duit pelacuran ini bergentayangan membantah.

Marilah kita fikir-fikirkan.

Abu Zamani

 

 


Copyright ©2002  oleh Gempurdaily
Email : gempurdaily@yahoo.com