Make your own free website on Tripod.com

ERTI  SEBUAH PEMBANGUNAN
lineterus@yahoo.com

 

Dalam kepesatan pembangunan di negeri Selangor, maka kita tidak menyangka bahawa masih ada insan-insan yang terpinggir dan menjalani kehidupan yang begitu daif.  Dalam kota raya yang sememangnya memerlukan tempat untuk tinggal, wang menjadi punca lantaran kerana kos untuk menyewa dan juga untuk memiliki sebuah rumah idaman sememangnya mahal dan mungkin tidak mampu dibayar oleh individu-individu yang bernasib malang ini.

Kerajaan begitu rakus mengejar kemajuan meterial sehingga kebajikan rakyatnya terabai dan terpinggir. Nasib malang sepasang suami isteri yang disiarkan dalam  Mingguan Perdana Bilangan 681 menjadi bukti bahawa kerajaan gagal untuk membina rumah yang mampu untuk dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah.

 

Ikuti kisah yang tersebut sepenuhnya sebagaimana yang tersiar dalam Mingguan Perdana Bilangan 681:

 

"SHAH ALAM: Gara-gara tidak mempunyai tempat tinggal, sepasang suami isteri yang baru sebulan mendirikan rumah tangga telah menjadikan Madrasah Ithiad-Diniyyah di Seksyen 6 di sini sebagai tempat untuk mereka melampiaskan nafsu dan rindu dendam.

 

Kisah pasangan suami isteri itu didedahkan sendiri oleh siak madrasah berkenan, Kamaruzaman Sultan, 34, yang telah mengesan perbuatan tidak senonoh pasangan berkenaan.

 

"Saya sendiri memberkas mereka pada kira-kira 1 pagi, awal Oktober lalu di bilik persalinan dewan sembahyang wanita.

 

"Pada mulanya, saya ternampak sebuah motosikal Honda berwarna kelabu, sebuah topi keledar dan sepasang selipar di luar madrasah." kata Kamaruzaman.

 

Kamaruzaman kemudian ke tingkat atas madrasah itu untuk mengetahui dengan lebih lanjut siapa yang datang ke situ pada awal pagi begitu.

 


Copyright 2002  oleh Gempurdaily
Email : gempurdaily@yahoo.com